Posts

Showing posts from December, 2009

Coretan di subuh 1 januari 2010

Image
Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat Dari Abi Hurairah r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya ." Riwayat Muslim

Salam Maal Hijrah 1431

Image
Terlebih dahulu salam awal Muharram dari saya sekeluarga. setiap detik yang dilalui ada yang pahit dan ada yang manis. Jadi janganlah leka dengan kemudahan yang sedia ada, sedangkan kita tidak membuat persediaan yang sewajarnya untuk tahun hadapan. Jangan lupa 10 muharram yang banyak amalan sunat buat muslim dan muslimat. Perkukuhkan iman, persiapkan amalan untuk bekalan di akhirat.

Projek Homestay Usrah Baihaqi... angan2 apa salahnya

Image
Tanah yang rasa-rasanya ada potensi nak buat homestay Dah siap ada pokok durian... tunggu masa je, tapi makhluk bergayut tu lagi cekap. Ada pakej air ala2 terjun sumber air mata air dari celah2 batu... bioaura pun tak yah guna kat sini. Aku baru usahakan tanam pokok sawit lagi senang kepala.. dah hasil pasang pekerja.