Posts

Showing posts from August, 2011

Bilangan Solat Sunat Terawikh mengikut hadis dan ulama' fiqh

Rasulullah tidak menetapkan jumlah rakaat solat tarawih SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan dan makian. Hassan al-Bana yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Bana memasuki masjid, mereka semua diam. “Kenapa bergaduh?” Soal Hassan al-Bana dengan lembut. “Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan tidak sunnah. Yang sunnah kata mereka 9 rakaat.” Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna. Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Bana bersuara, “Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?” Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Bana masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Lebih-lebih lagi apabila emosi mengatasi...