Posts

Showing posts from May, 2012

Biarkan April berlalu.. Mei yang dilalui kini..

Image
Ramai dikalangan kita yang telah tersenyum.. dihujung april. Tetapi sedikit sebanyak melegakan semua pihak yang ternanti-nanti kepastian janji PM, dengan kunjungan link ke web JPA yang saban hari dilayari oleh kita-kita yang sentiasa mengharap kepastian SSM Baru 2012. Ada yang memerhati saja, ada yang memberi komen, ada yang membuat andaian, tidak kurang yang membuat jadual metrik gaji mereka lalu di upload untuk memberi semangat awal tahun untuk kita bekerja... Alhamdulillah, setelah terlaksana.. semua nampak tersenyum lega.. janji tertunai lalu kita pun kenalah mengaudit juga samaada tahap kualiti kerja yang dilakukan.. bukan perlu bebankan dengan macam-macam cuma secukupnya lakukan kewajipan.. anggaplah setiap amanah yang kita ambil kita perlu bertangungjawab dan perlu bertaubat sekiranya terasa diri kita selalu lupa dan terlupa dengan keenakkan hak ganjaran kita yang telah diterima tetapi ada amanah yang kita abaikan. Sekadar renungan bersama. Setiap manusia perlu prinsip ...

Coretan di awal fajar

Hari-hari seperti sedianya.. sebagai manusia memang akur dengan kefahaman ayat-ayat dalam Surah Al Asr yang bermaksud : 1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian - 3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. bukankah kita wajib bersyukur segala pemberian daripada Allah SWt. tetapi ramai yang lupa dan terus-terusan rasa kecewa dan tertekan dengan kehidupan semasa. Sewaktu kita insaf kita sedar semua itu ujian.. tetapi adakah kita bersedia degan segala ujian dari Allah. Oleh itu ketaatan dan sentiasa mengikut perintah dan lakukan hanya kepada Allah agar yang dilakukan itu sentiasa mendapat petunjuk dan perbuatan yang diredai.