Posts

Showing posts from November, 2016

Meneruskan perkongsian idea dan buah fikiran

Image
Selalu lupa sering dialami oleh pelajar dan juga orang dewasa. Menjadi tanggapan dalam kalangan murid-murid aliran agama jika kita amalkan makanan laut yang diperam seperti belacan, ikan perkasam, budu dan makan otak ikan juga akan menyebabkan cepat lupa. Itu yang sering mengingatkan aku semasa belajar untuk menghafaz Al Quran. Walaupun sebenarnya aku sering tertanya rakan yang lain macam mudah untuk mereka menghafal sejumlah ayat dengan beberapa kali dia membacanya. Mungkin aku kategori orang yang kena banyak ulang kali baca baru boleh ingat... jadi itulah aku gunakan kaedah pengulangan yang berkali-kali untuk ingat. Walaupun dah tahu memang susah nak hafaz kena mesti cuba sebab untuk melepasi lulus peringkat Ijazah di Universiti Al Azhar perlu hafaz juzuk 1-8 yang sememangnya memerlukan mujahadah dan motivasi yang tinggi untuk berjaya.  Sebuah jurnal yang diterbitkan oleh Food and Wine, mengatakan hanya makan satu bahagian makanan laut dalam tempoh sebulan membantu mengecah...