Posts

Showing posts from October, 2008

Jemputan Sambutan Hari Raya

Image
Kepada ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan sahabat yang mengenali diri saya dan isteri berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan kehadiran anda ke majlis doa kesyukuran dan doa tahlil merangkap "open house" yang di adakan seperti berikut ; hari : Ahad 26hb 10 2008 masa : doa tahlil (11.30pagi) masa terbuka : 12.00-7.00 mlm. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran anda semoga merapatkan tali silaturrahim dan sentiasa di beri keredhaan oleh Allah Swt.

LATARBELAKANG BAPA HJ BADRON

KIAYAI HAJI MOHD. JAIS BIN HASAN Oleh Zainon binti Surip Merupakan seorang tokoh agama dan pengamal ilmu saufi yang juga dikenali sebagai “Tarikat Naqshabandiah”. Ilmu Saufi tersebut merupakan amalan tambahan yang perlu dilakukan oleh seseorang bagi memotivasikan diri supaya lebih bertaqwa kepada Allah S.W.T. Dengan itu pengamalnya dapat menghindarkan diri daripada menurutkan hawa nafsu dan secara tidak langsung dapat meningkatkan iman mereka. Untuk menyediakan kemudahan kepada pengikutnya menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan amalan tersebut, Allahyarham sanggup mewakafkan tanah untuk didirikan sebuah surau yang terletak di Kampong Parit Bengkok, Parit Raja, Batu Pahat sebagai pusat dakwah dalam menyebarkan ilmu tersebut. Surau tersebut kini menjadi surau utama yang digunakan oleh penduduk Islam di kampong tersebut. Selain didirikan surau, sebuah balai memasak juga dibangunkan bersebelahan surau tersebut. Selain daripada itu Allahyarham juga merupaka...

Eid Mubarak.. Selamat Hari Raya

Kemenangan besar kepada semua muslim dan muslimat di seluruh alam selepas menjalani ibadah puasa ramadan penuh... bagi yang terkantoi kenalah ganti. Masa menyambut hari raya ni yang utama zirah menziarahi sanak saudara, jiran-jiran semoga ikatan ukhuwah menjadi kuat dan mesra. Adat kat kampung area Senggarang ni dipanggil "baraan" kira marhaban cuma caranya kunjungan ini mengikut ahli kariah kampung.. so dari segi jamuan ikut tuan rumah yang penting bukan untuk makan-makan tetapi menjalani sunnah ziarah-menziarahi. So satu hari tu leh abis satu kamapung adalah 45 buah rumah. Jadi sempena hari yang mulia dan penuh maaf kemaafan antara kita saya sekeluarga memohon maaf zahir dan batin dari segala kesalahan baik niat,tutur kata dan perbuatan. Wa akhiran salam mahabbah dan selamat berhari raya.