Pemergiaan Ayahanda Tercinta
5hb Feb Khamis, Saya dan sekeluarga menerima berita kesedihan dengan penuh redha dan berserah kepada Allah s.w.t Mudah-mudahan arwah ayahanda mendapat maghfirah dan nikmat yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beramal soleh. Walaupun aku sendiri tidak dapat menyaksikan semasa akhir hayatnya tetapi perasaan sedih masih menyelubungi ketika mengingatkan detik dimana pada awal pagi aku dapat panggilan telepon daripada adik ayah telah dimasukkan ke hospital, cuma untuk menenangkan hati kami semua merasakan ianya hanya sakit biasa yang sering dihadapinya iaitu masalah lemah jantung.Sebenarnya hati aku ingin terus balik awal pagi tu, tapi aku pun baru 2 minggu menyambut baby Aydin jadi tak dapat untuk berbuat tindakan sedemikian. Mungkin terlalu menghilangkan perasaan gelisah sehingga tidak sempat untuk aku berada di sisinya sewaktu itu. Tapi aku berharap dan insyallah Allah lebih menyanyangi ayah dimana sehingga akhir hayatnya sentiasa bersama-sama kumpulan zikrullah atau tar...