Pemergiaan Ayahanda Tercinta

5hb Feb Khamis, Saya dan sekeluarga menerima berita kesedihan dengan penuh redha dan berserah kepada Allah s.w.t Mudah-mudahan arwah ayahanda mendapat maghfirah dan nikmat yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beramal soleh. Walaupun aku sendiri tidak dapat menyaksikan semasa akhir hayatnya tetapi perasaan sedih masih menyelubungi ketika mengingatkan detik dimana pada awal pagi aku dapat panggilan telepon daripada adik ayah telah dimasukkan ke hospital, cuma untuk menenangkan hati kami semua merasakan ianya hanya sakit biasa yang sering dihadapinya iaitu masalah lemah jantung.Sebenarnya hati aku ingin terus balik awal pagi tu, tapi aku pun baru 2 minggu menyambut baby Aydin jadi tak dapat untuk berbuat tindakan sedemikian. Mungkin terlalu menghilangkan perasaan gelisah sehingga tidak sempat untuk aku berada di sisinya sewaktu itu. Tapi aku berharap dan insyallah Allah lebih menyanyangi ayah dimana sehingga akhir hayatnya sentiasa bersama-sama kumpulan zikrullah atau tareqat dan mengetuai majlis zikrullah di surau pt Bengkok dan di surau kg Sri Menanti. Banyak perkara yang aku tak sempat untuk mengutip ilmunya dan yang tinggal cuma peninggalan kitab-kitab lama yang mungkin boleh aku jadikan rujukan. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatehah buat arwah ayahanda Hj Badron Bin Hj Mohd. Jais. Al fatehah............ Amin.

Comments

Unknown said…
aku dan yana sedih tengok video yg dirakam masa aqiqah aydin...itulah rahsia Allah.Kita pun akan ke sana....moga kita dimatikan dlm keadaan husnul khatimah dan dijauhkan dari azab api neraka....aminnnn!
Lia Diyana said…
assalamualaikum..yana kan ni?kau kenal lagi aku kan- lia.. klu ni betul bidayana kawan lama aku. reply lah comment ni ye

Popular posts from this blog

Doa Mesyuarat PIBG

Trand Semasa dan Isu Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak