Peristiwa Nabi Isa Alaihi Salam Diangkat Ke Langit
Teks bercerita peringkat daerah yang dibaca oleh anak murid saya...
Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Peristiwa Nabi Isa Alaihi Salam Diangkat Ke Langit. Semerbak harum bunga ditaman Disirami oleh gadis anggun Melahirkan Isa alaihi salam rasul pilihan Maryam al masih wanita sanjungan. Bayi didekapan pandai berkata Orang yang buta melihat dunia Antara mukjizat yang dinyata Diangkat kelangit bukan kewafatannya Al-Qur'an menerangkan bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah pengikutnya yang diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as. Allah berfirman dalam surat An Nisaa' ayat 157 : Maksudnya : Dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka ...