Peristiwa Nabi Isa Alaihi Salam Diangkat Ke Langit

Teks bercerita peringkat daerah yang dibaca oleh anak murid saya...


Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Peristiwa Nabi Isa Alaihi Salam Diangkat Ke Langit.

Semerbak harum bunga ditaman

Disirami oleh gadis anggun

Melahirkan Isa alaihi salam rasul pilihan

Maryam al masih wanita sanjungan.

Bayi didekapan pandai berkata

Orang yang buta melihat dunia

Antara mukjizat yang dinyata

Diangkat kelangit bukan kewafatannya

Al-Qur'an menerangkan bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah pengikutnya yang diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as. Allah berfirman dalam surat An Nisaa' ayat 157 :

Maksudnya : Dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka…..

Diakhir zaman ini banyak berlaku penyelewengan melalui media massa terutamanya di internet tentang penghinaan kepada para nabi.

Kawan-kawan,

Perkhabaran tentang kisah nabi hendaklah berdasarkan Al Quran dan Hadis sebagai dustur utama yang kita percayai. Kisah dahulukala ini berlaku dibumi Palestin di Baitul Maqdis.

Pada subuh yang hening. harum semerbak mulai memenuhi mihrab Maryam. Bau itu menembus jendela mihrab dan sekor burung mengepakkan sayapnya di sekeliling gadis perawan yang khusyuk dalam solat tanpa seorang pun mendengar suaranya.Lalu kedengaran malaikat memanggilnya

"Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu)." (Surah Ali 'Imran ayat 42)

Maryam terkejut dan lemah badannya, lalu kelemahan itu menjadi kekuatan kerana tiupan roh Isa dalam kandungannya. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, semuanya dilalui dengan kenikmatan dengan beberapa karamah yang berlaku. Hidangan yang lazat-lazat, buah-buahan yang segar yang tidak terdapat pada musim tersebut.

Maryam berkata kepada dirinya sambil melihat buah-buahan yang banyak: Apakah aku akan memakan sendirian buah-buahan ini ? Kemudian ada suara dalam dirinya yang berkata: "Engkau tidak lagi sendirian wahai Maryam. Kini, engkau bersama Isa. Maka tibalah masanya kelahiran Isa tanpa merasai kesakitan dan penderitaan oleh Maryam.

Kawan-kawan,

Oleh yang demikian, nabi Isa telah dikurniakan Mukjizat oleh Allah sebagai bukti kenabiannya.

Rujuklah dalam al Quran

Siapa yang berkata ketika masih disusui ibu?

Siapa yang mencipta burung dari tanah liat lalu ia boleh terbang?

Siapa yang menyembuhkan orang yang buta lalu melihat?

Orang kusta, sopak, lantas baik.

Orang yang mati kembali hidup.

Semua itu adalah tanda mukjizat Allah kepada Nabi isa Alaihi Salam.

Para hadirin yang budiman,

Sesunggungnya dalam Al Quran ada menyebut :

"Apabila Allah berkata, 'Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya .....'" (3:55)

Berlaku perselisihan pendapat tentang Nabi Isa diangkat dilangit. Sebilangan besar umat Islam mempercayai Nabi Allah Isa telah diangkat beserta dengan jasad-jasadnya sekali ke Sisi-Allah dan bukan disalib.

Ini berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku ketika Nabi Allah Isa bersama 12 orang pengikutnya menjamah makanan moreh terakhir bersama. Pada waktu itu Nabi Isa ada menyebutkan yang salah seorang dari kaum Hawariyyun akan mengkhianatinya.

Kemudia datang salah seorang dari kaum Hawariyyun kepada Nabi Allah Isa yang digelar Yudar Iskariot, cuba untuk membisikkan sesuatu kepada nabi Allah Isa, sekumupulan kecil dari tentera Rom turut hadir dan menunggu diluar Taman Gethsamani bagi memastikan orang yang pertama yang keluar dari taman itu adalah Isa AlMasih yang dimaksudkan.

Namun kuasa Allah Yang Maha Tinggi, Allah telah menyelamatkan Nabi Isa ke langit dan serta merta menukarkan paras rupa Yudas, salah seorang pengikutnya seiras dengan raut wajah Nabi Isa. Apabila tentera Rom mendapati bahawa orang yang keluar dari taman itu adalah berparas rupakan seseorang yang mirip dengan Isa putera Maryam, mereka menangkap Yudas dan dibawa ke muka pengadilan untuk disalibkan.

Rakan sahabat sekalian,

Beriman kepada rasul-rasul Allah adalah rukun iman yang ketiga. Oleh itu nabi Isa adalah rasul-rasul terdahulu sebelum di utuskan nabi Muhammad SAW. Allah Taala berfirman dalam surah Al Hadid ayat 27 :

“Kemudian kami iringkan di belakang mereka Rasul-rasul Kami dan Kami iringkan pula Isa putera maryam dan kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih-sayang”.

Berakhir sudah cerita disampaikan,

Nabi Isa Almasih Putera Maryam

Salah dan silap harap dimaafkan

Bersama kita menjadi insan yang beriman

Wabilahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatuallah. Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Mesyuarat PIBG

Trand Semasa dan Isu Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak