Posts

Showing posts from 2011

HUKUMAN JENAYAH ROGOL DARI PERSPEKTIF ISLAM

1. Pendahuluan Jenayah rogol atau pemerkosaan adalah satu daripada bentuk perzinaan malah jenayah ini lebih keji dan jahat . Sedangkan zina yang diharamkan itu , merupakan perlakuan keji dan salah satu daripada dosa - dosa besar dalam Islam. Tidak terdapat satu agama dalam dunia pun yang mengharuskan perbuatan tersebut . Oleh itu , Islam menjatuhkan hukuman yang berat keatas pelakunya , lebih-lebih lagi zina dan rogol adalah jenayah yang merosakan nasab dan keturunan . Islam mengambil berat soal nasab keturunan dan menggolongkannya antaralima Maqasid AsSyari `ah ( المقاصدالخمسة ) yang wajib dijaga dan dipelihara . Jenayah ini dijanjikan oleh Allah SWT dengan hukuman berat di dunia dan azab yang pedih di akhirat . FirmanNya yang bermaksud : 32. Dan janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jaha...

Bilangan Solat Sunat Terawikh mengikut hadis dan ulama' fiqh

Rasulullah tidak menetapkan jumlah rakaat solat tarawih SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan dan makian. Hassan al-Bana yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Bana memasuki masjid, mereka semua diam. “Kenapa bergaduh?” Soal Hassan al-Bana dengan lembut. “Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan tidak sunnah. Yang sunnah kata mereka 9 rakaat.” Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna. Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Bana bersuara, “Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?” Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Bana masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Lebih-lebih lagi apabila emosi mengatasi...

Sekadar aktiviti

Image

Trand Semasa dan Isu Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak

1.0 Pendahuluan Ibu bapa pada hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik anak-anak. Mereka wajib memastikan anak-anak membesar dengan sempurna dari segi material seperti makanan, pakaian dan kediaman. Begitu juga pentingnya menyediakan dan menyemai jiwa anak-anak dengan pendidikan yang merangkumi pembentukan akal, jasmani, rohani, akhlak dan sosial. Suasana persekitaran memberikan tekanan kepada ibu bapa dalam menangani cabaran tersebut. Keperluan menambahkan pendapatan memerlukan kedua ibu bapa bekerja telah mengurangkan masa bersama dengan anak-anak. Dalam konteks kanak-kanak, kesedaran pendidikan awal kanak-kanak perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai sama ada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai...