Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail
![Image](http://4.bp.blogspot.com/-H-hxExn8bM4/UlboPDdgqAI/AAAAAAAAAN8/D81ngeYbi1E/s320/kambing-etawa.jpg)
Peristiwa besar yang tercatat dalam sejarah kerasulan Nabi Ibrahim adalah peristiwa beliau menyembelih anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail. Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim berumur 86 tahun. Apabila Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail, beliau terus menceritakan kepada anaknya itu. Anaknya tidak membantah bhkan setuju dengan perintah itu. Ketika hendak menyembelih, Nabi Ibrahim menyuruh Nabi Ismail meletakkan dahinya di atas tanah supaya tidak kelihatan wajahnya sewaktu penyembelihan, namun apabila Nabi Ibrahim melalukan pisau pada leher Nabi Ismail, terdapat suatu bulatan tembaga menghalang pisau itu daripada menghiris kulit Nabi Ismail pada ketika ini, Allah mengatakan yang beliau sudah melaksanakan perintahnya. Ganjaran daripada tindakan itu, beliau diarahkan supaya menyembelih seekor kambing gurun yang dijumpai terikat di sebuah pokok berdiri di Mekah bagi menggantikan penyembelihan Nabi Ismail. Namun kita dapati dakwaan orang-...