Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail
Peristiwa besar yang tercatat dalam sejarah kerasulan Nabi Ibrahim adalah peristiwa beliau menyembelih
anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail. Nabi Ismail lahir ketika Nabi
Ibrahim berumur 86 tahun. Apabila Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya
menyembelih Nabi Ismail, beliau terus menceritakan kepada anaknya itu.
Anaknya tidak membantah bhkan setuju dengan perintah itu.
Ketika hendak menyembelih, Nabi Ibrahim menyuruh Nabi Ismail meletakkan dahinya di atas tanah supaya tidak kelihatan wajahnya sewaktu penyembelihan, namun apabila Nabi Ibrahim melalukan pisau pada leher Nabi Ismail, terdapat suatu bulatan tembaga menghalang pisau itu daripada menghiris kulit Nabi Ismail pada ketika ini, Allah mengatakan yang beliau sudah melaksanakan perintahnya. Ganjaran daripada tindakan itu, beliau diarahkan supaya menyembelih seekor kambing gurun yang dijumpai terikat di sebuah pokok berdiri di Mekah bagi menggantikan penyembelihan Nabi Ismail.
Namun kita dapati dakwaan orang-orang Yahudi yang mengatakan bukan Nabi Ismail yang disembelih tetapi Nabi Ishak disebabkan oleh keturunan yang dibawa oleh kedua-dua orang nabi ini. Keturunan Nabi Ismail adalah bangsa arab dan salasilahnya berjumpa dengan Nabi Muhammad. Manakala keturunan Nabi Ishak pula adalah kaum Yahudi melalui anaknya yang bernama (Nabi) Yaakub, dan bangsa Rom pula melalui anaknya yang bernama ‘Ais atau ‘Aisoo. Maka kaumYahudi memutarbelitkan fakta sejarah dalam konteks ini supaya kemuliaan dan keagungan peristiwa penyembelihan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada anaknya itu disandarkan kepada Nabi Ishak hingga mereka menumpang kemuliaan ini daripada ditujukan kepada bangsa arab.
http://hewipmiutmskudai.blogspot.com/2009/11/peristiwa-penyembelihan-nabi-ismail.html
Petikan dari buku Benarkan Iskandar Bukan Zulqarnain.

Terdapat beberapa hujah yang
menyatakan penyembelihan itu adalah kepada Nabi Ismail dan bukan Nabi
Ishak, namun di sini penulis(Afareez Abd Razak Al-Hafiz) hanya
membentangkan 4 sahaja:
1. Peristiwa penyembelihan itu
berlaku di Mekah dan hanya Nabi Ismail sahaja yang berada di
tempat itu, sedangkan Nabi Ishak tidak pernah menziarahi Mekah pada usia
mudanya.
2. Allah mengarahkan penyembelihan Nabi Ismail sebelum member berita gembira mengenai kelahiran nabi Ishak. Bagaimana Allah boleh menyuruh menyembelih anaknya yang belum lahir? Apa faedahnya Nabi Ibrahim mendapat berita gembira mengenai kelahiran seorang anak (Nabi Ishak) dengan persediaan bagi menyembelihnya?
3. Di dalam Al-Quran, Surah Hud ayat 71 menunjukkan yang Allah meberikan berita gembira mengenai kelahiran Nabi Ishak dan selepasnya Nabi Yaakub. Ini bermakna Allah sejak awal lagi menyebut mengenai cucu Nabi Ibrahim. Bagaimana pula seseorang itu mendapat cucu daripada anak itu sedangkan sudah ada perintah bagi menyembelihnya?
4. Dalam penulisan Genesis menyatakan yang Nabi Ibrahim mendapat arahan penyembelihan bagi dilaksanakan kepada satu-satunya anak lelaki beliau. Ini menunjukkan anak lelaki itu adalah Nabi Ismail kerana beliau adalah satu-satunya anak lelaki Nabi Ibrahim hingga kelahiran Nabi Ishak.Sekiranya dikatakan Nabi Ishak yang disembelih, beliau adalah anak

lelaki kedua Nabi Ibrahim. Maka bukanlah satu-satunya anak lelakinya
kerana pada ketika ini Nabi Ibrahim sudah mempunyai dua orang anak
lelaki.Mereka yang berhujah menyatakan Nabi Ishak adalah
satu-satunya anak Nabi Ibrahim adalah berdasarkan kenyataan
bahawasanya Nabi Ismai dilahirkan oleh Siti Hajar iaitu
seorang hamba. Maka kononnya ini
bukanlah anak yang rasmi.
Disebabkan
itu,sekiranya kita teliti mengapa terdapat kisah sejarah yang Allah
beritakan kepada kita dan ada pula yang tidak diberitakan kepada kita di
dalam Al-Quran, kita dapati yang kisah-kisah sejarah sudah dicatat
dalam cacatan ahli kitab dan banyak persamaan dengan versi Islam. Namun
terdapat terdapat beberapa isu yang diputarbelitkan oleh meeka demi
kepentingan peribadi dan puak mereka sendiri. Maka diubah ataupun
ditokok tambah mana yang perlu. Putar belit mereka ini Allah dedahkan di
dalam Al-Quran. Contohnya peristiwa penyembelihan Nabi Ismail serta
peristiwa salib yang didakwa Nabi Isa dan lain-lain lagi.

Comments