Wasiat Imam Al Ghazali
Setelah beberapa lama saya tidak menulis dalam blog ini akhirnya pada malam ini terdetik untuk memulakan catatan ringkas melalui pembacaan daripada buku Wasiat Imam Al Ghazali. Manusia sering berfikir dan menyedari bahawa dirinya pernah melakukan maksiat dan dosa... mungkin terdetik dalam hati bila "Aku dah buat benda silap ni.. dosa ke aku", "bagaimana nak istiqamah dalam ibadah ni.. dengan nak buat kerja yang kata orang tak pun dosa jugak sebab telah diarahkan sebegitu.. Fikir kembali kita harus bertaubat terlebih dahulu supaya Allah mengampuni dan membersihkan dosa-dosa yang pernah terbuat atau memang sengaja buat walaupun ianya dosa kecil. Memang sukar untuk melakukannya kerana sebelum seseorang itu hendak mencapai tujuan ibadah, hendaklah terlebih dahulu dia bertaubat. Lazimnya kita terganggu dan merasa terhalang oleh perkara-perkara berikut, 1. Dunia 2. Manusia 3. Syaitan 4. Hawa Nafsu Justeru itu, seseorang perlu berhadapan dengan pe...