Wasiat Imam Al Ghazali

Setelah beberapa lama saya tidak menulis dalam blog ini akhirnya pada malam ini terdetik untuk memulakan catatan ringkas melalui pembacaan daripada buku Wasiat Imam Al Ghazali.

Manusia sering berfikir dan menyedari bahawa dirinya pernah melakukan maksiat dan dosa... mungkin terdetik dalam hati bila "Aku dah buat benda silap ni.. dosa ke aku", "bagaimana nak istiqamah dalam ibadah ni.. dengan nak buat kerja yang kata orang tak pun dosa jugak sebab telah diarahkan sebegitu.. Fikir kembali kita harus bertaubat terlebih dahulu supaya Allah mengampuni dan membersihkan dosa-dosa yang pernah terbuat atau memang sengaja buat walaupun ianya dosa kecil.

Memang sukar untuk melakukannya kerana sebelum seseorang itu hendak mencapai tujuan ibadah, hendaklah terlebih dahulu dia bertaubat.



Lazimnya kita terganggu dan merasa terhalang oleh perkara-perkara berikut,
1. Dunia
2. Manusia
3. Syaitan
4. Hawa Nafsu

Justeru itu, seseorang perlu berhadapan dengan peringkat seterusnya yang disebut peringkat godaan. cara untuk mengatasi ujian godaan ini ada empat :
1. Tajarrud anid dunya - membuat tekad sehingga kesenangan dunia tidak mampu menggoyahkan hatinya.
2. Sentiasa berwaspada dan m enjaga diri agar tidak tersesat oleh sebarang godaan
3. Memerangi segala tipu daya syaitan.
4. Mampu mengendalikan hawa nafsu.



Perlu diingat nafsu mempunyai manfaat selagi mana seseorang boleh mengawal dan mengendalikan kepada akal yang waras dan baik. Sebab, manusia tidak mungkin hidup tanpa hawa nafsu.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Mesyuarat PIBG

Trand Semasa dan Isu Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak