Posts

Wasiat Imam Al Ghazali

Image
Setelah beberapa lama saya tidak menulis dalam blog ini akhirnya pada malam ini terdetik untuk memulakan catatan ringkas melalui pembacaan daripada buku Wasiat Imam Al Ghazali. Manusia sering berfikir dan menyedari bahawa dirinya pernah melakukan maksiat dan dosa... mungkin terdetik dalam hati bila "Aku dah buat benda silap ni.. dosa ke aku", "bagaimana nak istiqamah dalam ibadah ni.. dengan nak buat kerja yang kata orang tak pun dosa jugak sebab telah diarahkan sebegitu.. Fikir kembali kita harus bertaubat terlebih dahulu supaya Allah mengampuni dan membersihkan dosa-dosa yang pernah terbuat atau memang sengaja buat walaupun ianya dosa kecil. Memang sukar untuk melakukannya kerana sebelum seseorang itu hendak mencapai tujuan ibadah, hendaklah terlebih dahulu dia bertaubat. Lazimnya kita terganggu dan merasa terhalang oleh perkara-perkara berikut, 1. Dunia 2. Manusia 3. Syaitan 4. Hawa Nafsu Justeru itu, seseorang perlu berhadapan dengan pe...

Nukilan Sejarah Sang Kyai

Image
Buku di atas terkandung sejarah para Kyai dalam mengembangkan Thariqah Qadiriyyah wa Naqsyabandiah yang di susun oleh KH. Khasan Murtadho. Mohon saya menukilkan karangan beliau di blog ini sebagai rujukan kepada waris-waris dan pengkaji thariqah untuk mengenali para kyai yang merentas sempadan sehingga diamalkan oleh sebahagian ilmuan dan penduduk setempat khususnya di daerah Batu Pahat. Antara yang menarik untuk dikongsikan kisah KH Siraj (Mbah Siraj) yang mempunyai sifat (khumul) tawaduk dan kezuhudan sehingga KH Husain yang sangat alim juga mengakui atas ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Si Mbaah Siraj "Syeikh Siraj adalah laksana sumur yang sangat dalam dan penuh dengan air, namun dari pandangan mata tidak tampak"

Meneruskan perkongsian idea dan buah fikiran

Image
Selalu lupa sering dialami oleh pelajar dan juga orang dewasa. Menjadi tanggapan dalam kalangan murid-murid aliran agama jika kita amalkan makanan laut yang diperam seperti belacan, ikan perkasam, budu dan makan otak ikan juga akan menyebabkan cepat lupa. Itu yang sering mengingatkan aku semasa belajar untuk menghafaz Al Quran. Walaupun sebenarnya aku sering tertanya rakan yang lain macam mudah untuk mereka menghafal sejumlah ayat dengan beberapa kali dia membacanya. Mungkin aku kategori orang yang kena banyak ulang kali baca baru boleh ingat... jadi itulah aku gunakan kaedah pengulangan yang berkali-kali untuk ingat. Walaupun dah tahu memang susah nak hafaz kena mesti cuba sebab untuk melepasi lulus peringkat Ijazah di Universiti Al Azhar perlu hafaz juzuk 1-8 yang sememangnya memerlukan mujahadah dan motivasi yang tinggi untuk berjaya.  Sebuah jurnal yang diterbitkan oleh Food and Wine, mengatakan hanya makan satu bahagian makanan laut dalam tempoh sebulan membantu mengecah...

Selamat Hari Pekerja 2015

Setiap pekerjaan yang dilakukan memerlukan kesungguhan untuk menghasilkan kejayaan. Perkerjaan yang baik adalah sebahagian ibadah kita.

Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail

Image
Peristiwa besar yang tercatat dalam sejarah kerasulan Nabi Ibrahim adalah peristiwa beliau menyembelih anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail. Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim berumur 86 tahun. Apabila Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail, beliau terus menceritakan kepada anaknya itu. Anaknya tidak membantah bhkan setuju dengan perintah itu. Ketika hendak menyembelih, Nabi Ibrahim menyuruh Nabi Ismail meletakkan dahinya di atas tanah supaya tidak kelihatan wajahnya sewaktu penyembelihan, namun apabila Nabi Ibrahim melalukan pisau pada leher Nabi Ismail, terdapat suatu bulatan tembaga menghalang pisau itu daripada menghiris kulit Nabi Ismail pada ketika ini, Allah mengatakan yang beliau sudah melaksanakan perintahnya. Ganjaran daripada tindakan itu, beliau diarahkan supaya menyembelih seekor kambing gurun yang dijumpai terikat di sebuah pokok berdiri di Mekah bagi menggantikan penyembelihan Nabi Ismail. Namun kita dapati dakwaan orang-...

Doa Solat Taubat

Image

Kitab Majmuah al Syari'ah oleh As Syeikh Haj Muhammad Salleh Bin Umar Al Samarani

Image
Kitab warisan kepunyaan al marhum ayahanda Hj Badron dan sempat ketika saya kanak-kanak dibacakan oleh beliau supaya boleh saya memahami ilmu agama dengan kitab terjemahan bahasa Jawa (al Jawiah al Marikiah) yang tertulis tahun diterjemahkan pada 1010 Hijrah.