Doa Khatam Al Quran
-Baca dahulu selawat dan doa pendahuluan,
Ya Allahu Ya Rahman Ya Rahim,
Segala puji itu hanya untuk Allah tuhan pentadbir sekian alam, rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami, nabi Muhammad SWA, semulia-mulia rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda. Dengan limpahan kurniaanMu jadikanlah segala apa sahaja keadaan kami yang tidak baik kepada yang lebih baik, berkatilah seluruh hidup kami dan para umat islam sekelian dengan sempena bulan Ramadhan ini..
Ya Allah kami bersyukur dengan limpahanmu pada pagi ini dapat kami melangsungkan majlis Khatam Alquran bagi murid-murid Sk Ayer Hitam. Semoga berkatilah sepanjang perjalanan majlis yang penuh kemuliaan ini bertepatan dengan firmanMu ya Allah, dalam surah al baqarah ayat 185 :
Maksudnya: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah".
Ya allah yang menciptakan alam semesta,
Hiasilah diri kami dengan hiasan ajaran al quran, muliakan kami dengan berkat kemuliaan Al quran, serikan kami dengan ketinggian martabat al Quran, pakaikan kami dengan pakaian kemas permata Al Quran, masukkan kami kepada syurga berkat syafaat al Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab akhirat dengan berkat kehormatan al Quran, cucurilah rahmat kepada sekelian umat islam engkaulah tuhan yang maha pengasih dan maha pemurah..
Comments