Separuh akhir bulan Ramadan

Kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat mengecapi detik Ramadan yang berkah ini. Walaupun disibukan dengan urusan dunia bermakna selagi perkara yang kita lakukan memberi manfaat kepada kehidupan ini maka mudah-mudahan begitulah juga pahala yng kita perolehi. Rata-rata dapat dirasakan kesibukan ini bukan hanya orang yang islam malahan semua bangsa dan agama.Itulah yang dikatakan ramadan ini membawa keberkatan dan rahmat ke sekian alam. Sebenarnya bukan saya nak membicarakan orang yang memang belum mendapat hidayah ni(kafir) tetapi sedihnya yang memang dah dilahirkan dalam keluarga islam, muslim lagi... tapi kenapalah lemah sangat sampai tak boleh puasa. Tapi gitulah turutan dalam rukun islam, if solat selalu lupa atau saja lupa puasa apatah lagi... banyak alasan yang dibuat. If sapa yang rakan dan jiran-jiran main langgar je puasa ni taule.. dah kita tegur banyak pulak hujjahnya.

Jadi sedar-sedarlah ibadat ni adalah kewajipan sebagai seorang muslim, jadi sapa yang tak puasa tu jangan-jangan nak berlagak pandai menjawab atau memberi alasan, biarlah macamana nak bersoal jawab dengan Allah S.W.T di akhirat nanti. Apa sangat if kerja bagus.. pro konon tapi lemah, lemah sangat dengan kewajipan yang diperintahkan. Selamat menanti Malam Lailatul Qadar.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Mesyuarat PIBG

Trand Semasa dan Isu Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak