Posts

Showing posts from 2009

Coretan di subuh 1 januari 2010

Image
Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat Dari Abi Hurairah r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya ." Riwayat Muslim

Salam Maal Hijrah 1431

Image
Terlebih dahulu salam awal Muharram dari saya sekeluarga. setiap detik yang dilalui ada yang pahit dan ada yang manis. Jadi janganlah leka dengan kemudahan yang sedia ada, sedangkan kita tidak membuat persediaan yang sewajarnya untuk tahun hadapan. Jangan lupa 10 muharram yang banyak amalan sunat buat muslim dan muslimat. Perkukuhkan iman, persiapkan amalan untuk bekalan di akhirat.

Projek Homestay Usrah Baihaqi... angan2 apa salahnya

Image
Tanah yang rasa-rasanya ada potensi nak buat homestay Dah siap ada pokok durian... tunggu masa je, tapi makhluk bergayut tu lagi cekap. Ada pakej air ala2 terjun sumber air mata air dari celah2 batu... bioaura pun tak yah guna kat sini. Aku baru usahakan tanam pokok sawit lagi senang kepala.. dah hasil pasang pekerja.

Pengumpulan Dan Mengedit Rancangan Pelajaran Tahunan KBSR

Sebenarnya memang dah lama susun dan edit RPH untuk setahun dari tahun 1-6. RPH untuk pendidikan islam kenalah taip jawi. So aku mengharap sapa-sapa memebr lama yang ada bolehleh send rph ke email aku bahroini@gmail.com . face book aku pun ada. taip je nama aku. Lagipun porjek ni dah jadi tugas aku dengan group Lujnah bahan dan penerbitan panitia pendidikan islam daerah kulai. So masa cuti ni sambil buat kerja2 outdoor(amil fi bustan) hehehe.. sapa2 yang nak bahan buat tomyam yang fresh leh bagitau aku.. aku supply murah2 je tapi berkualiti.

Gambar Projek Serai Tukar Projek Limau

Image
Lepas tanam... setahun lalu Pandangan sebelum dibersihkan.. memang dusun terbiar,

Projek Setahun Yang Lalu..

Bulan 9 mula bersihkan tanah lot.. cadang projek serai so banyak yang tak hidup aku dah ganti dengan pokok limau> macam2 limau ada...

Renungan Peristiwa Gempa Di Padang

Kejadian suatu kebetulan yang perlu direnungi, insafkan umat ingkar suruhan Ilahi SEGALA kejadian di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah gempa yang berlaku di Padang, Sumatera. Kebetulan juga waktu terjadi musibah itu dengan kaitan surah dan ayat yang ada hubungannya dalam kitab suci al-Quran al Karim. Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa). am 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), m...

Kemeriahan dan Keinsafan menyambut Syawal 1430H

Selamat Menyambut Hari Raya 1430 Hijrah "Minal eidil walfaizin, kullu amun wa antum bikhair" Selepas sebulan berpuasa akhirnya berjaya dapat meraikan Syawal pada tahun ini dalam keadaan yang sederhana dan cukup bermakna. Kita dapat rasakan kemurnian hari raya dengan ziarah- menziarahi dan maaf -bermaafan sebagai lambang keikhlasan berhari raya. If takde sifat ikhlas takdenya nak berabis duit ge sana-sini jenguk sedara... tapi manusia ni mudah lupa, bangga diri mulalah rasa nak tunjuk2 apa yang ada.. aku if jumpa orang yang macamni layanje... Memang kita dah tau apale sangat yang kita ada.. semuanya pinjaman dari Allah. Paling utama kita wajib bersyukur dengan segala nikmat Allah, sama ada yang kita dapat atau yang kita rasai di sekitar kita. Raya ni memang dah plan balik Masjid Tanah jumpa abah, adik beradik n sedara-mara kat situ, malam baru balik ke wangsa maju.. Raya kedua pegi KLCC.. tau2jela raya kl kosong yang tinggal foreigner yang cam bangga je KLCC dia punya. Nikma...

Musim Buah Dah Nak Penghujung

Dah lama tak update blog ni... busy ngan kerja,rumah dan kerja kebun.. So dah nak akhir bulan Syaban aku pun kena buat planing untuk kerja2 kebun.. Kerja sekolah tu memang dah kewajiban so tak yahle nak bagitau kat sini. Musim buah durian lepas tak dapat nak merasa durian sendiri.. dah sedekahkan kat haiwan2 yang bebas kat area kebun tu, tapi aku harapkan duku tu dapatle merasa.. smalam aku check tengah ranum apalagi aku panjat dapatle 2 beg. bukan apa memang tempat haiwan2 berekor panjang menjamu makan... takpela sedekah je. ha tengok buah duku tu..

Salawat Taqrijiah- Amalan Harian

Image
Hikmat salawat ini ada lima perkara: 1. Menyelesaikan masalah yang terbuku di hati 2. Menghilangkan kesusahan 3. Menyampaikan segala hajat yang baik 4. Dapat melihat perkara ghaib 5. Diberi "Husnu Khatimah" amalannya ; Puasa 12 hari dan ketika berpuasa dibaca sebanyak 25 kali selepas solat 5 waktu. Selepas berpuasa dijadikan wirid selepas solat 11 kali. Nukilan ilmu dan amalan dari "Kitab Majmuat Salawat Maa Hikmatuha"

Peristiwa Nabi Isa Alaihi Salam Diangkat Ke Langit

Teks bercerita peringkat daerah yang dibaca oleh anak murid saya... Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Peristiwa Nabi Isa Alaihi Salam Diangkat Ke Langit. Semerbak harum bunga ditaman Disirami oleh gadis anggun Melahirkan Isa alaihi salam rasul pilihan Maryam al masih wanita sanjungan. Bayi didekapan pandai berkata Orang yang buta melihat dunia Antara mukjizat yang dinyata Diangkat kelangit bukan kewafatannya Al-Qur'an menerangkan bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah pengikutnya yang diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as. Allah berfirman dalam surat An Nisaa' ayat 157 : Maksudnya : Dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka ...

Belajar Dari Pengalaman

Memang agak terkilan dan marah apabila kita ditipu. Kalau kita fikir untuk mencari duit dengan cara mudah memang seronok.... tapi kebanyakan kena berhati-hati. Adakalanya kita ikut niat nak bantu kawan so bagilah kerjasama so yang saya nak luahkan ni pelaburan maqriincome.com Pada awalnya nampak macam ok tapi sekarang website dia pun dah takde.. nampak memang r amai orang cari jalan mudah nak masuk neraka dengan menipu orang dengan janji-janji manis. Kalau begini caranya memang sejak awal kalam takhalal bagi yang menjana pendapatan begini... saya tak maksudkan kawan-kawan yang ajak join tapi owner pelaburan untuk dia masuk nerakalah.

Pemergiaan Ayahanda Tercinta

5hb Feb Khamis, Saya dan sekeluarga menerima berita kesedihan dengan penuh redha dan berserah kepada Allah s.w.t Mudah-mudahan arwah ayahanda mendapat maghfirah dan nikmat yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beramal soleh. Walaupun aku sendiri tidak dapat menyaksikan semasa akhir hayatnya tetapi perasaan sedih masih menyelubungi ketika mengingatkan detik dimana pada awal pagi aku dapat panggilan telepon daripada adik ayah telah dimasukkan ke hospital, cuma untuk menenangkan hati kami semua merasakan ianya hanya sakit biasa yang sering dihadapinya iaitu masalah lemah jantung.Sebenarnya hati aku ingin terus balik awal pagi tu, tapi aku pun baru 2 minggu menyambut baby Aydin jadi tak dapat untuk berbuat tindakan sedemikian. Mungkin terlalu menghilangkan perasaan gelisah sehingga tidak sempat untuk aku berada di sisinya sewaktu itu. Tapi aku berharap dan insyallah Allah lebih menyanyangi ayah dimana sehingga akhir hayatnya sentiasa bersama-sama kumpulan zikrullah atau tar...

Majlis Akiqah dan Bercukur

Menyambut kelahiran anak kedua

Image
Alhamdulillah pada 17hb Jan 2009 pukul 2.04 petang isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua. Memang telah membuat scanning baby boy so kegembiraan di atas kurniaan Allah S.W.T aku telah mengadakan majlis akiqah pada 24hb Jan yang lepas. Mulanya nak buat secara biasa je kat surau tapi kyie dan nyaie mintak buat kat rumah. So sehari sebelum tu aku pun carilah kambing dgn iman. Dapatlah menyelesaikan hajat akiqah dan majlis bercukur serta marhaban.