PEMULIHAN TENAGA : SUATU KAEDAH BARU UNTUK ISRAEL MENUJU KE MASA HADAPAN
Disediakan dan disunting oleh: Bahroini Basiron Artikel asal oleh: Steven W.Popper TASAWWUR DAN TAMADUN ISLAM MTI 1303 sem. 1 2011 Pendahuluan Sumber tenaga menjadi isu yang penting kepada semua Negara. Selama 62 tahun, Israel adalah negara pengguna sumber tenaga terbesar yang sangat tergantung kepada import gas asli. Dapatan daripada a rtikel oleh Steven W.Popper membincangkan tentang keperluan Negara Israel dalam mencari solusi terhadap kepentingan isu pemulihan penjanaan tenaga negaranya. Ini kerana, terdapat isu di mana Israel didapati berhadapan dengan isu pengurangan sumber asli dalam menjana tenaga elektriknya dalam memenuhi permintaan penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat. Negara Israel didapati terlalu sedikit melakukan eksplorasi terhadap sumber domestiknya dalam menjana tenaga elektrik sebaliknya lebih bergantung kepada sumber arang yang diimport. Oleh itu, dalam a...