Tunggu Proses CIMB release geran yang berbulan-bulan

Hairan betul kenapa bank CIMB ni lambat sangat proses untuk release geran, dah masuk 2 bulan tak selesai lagi.. lawyer aku bagitau kena tunggu sebab pihak CIMB yang lambat di bahagian security.. Sepatutnya projek dah boleh mula bulan 3 ni.. memandangkan aku pun busy dengan kerja2 yg ada... rakan kongsi pulak dari awal lebih bersedia if bulan april so ada hikmahnya.

boleh dikongsi pengalaman di blog mereka yang meminati bidang pertanian, sekaligus memanfaatkan peluang sebagai bumiputera yang boleh memiliki aset dalam hartanah khususnya tanah pertanian atau lot-lot rumah. Semua memang pelaburan jangka masa panjang tapi selagi kita pandai manage so memang berbaloi... Tapi dalam masa sekarang kita tak boleh tunggu saja kena cari peluang..

If rakan bolg, ada yang boleh memiliki aset 13 biji rumah dan berkongsi tips beliau, kita boleh melihat dan memikirkan strategi dengan usia yang muda dan dikalangan kita boleh berjaya. Tapi sekali lagi semua anugerah tu datang dari Allah SWT. Kita hanya menguruskan sahaja so bagi aku selagi apa yang ada diatas mukabumi (tanah) yang kita punya bermakna segala tumbuh-tumbuhan, haiwan, serangga yang berada disitu mudah-mudahan mendoakan hamba Allah (pemilik didunia) supaya bertambah keberkatannya.

Sebelum proses jualbeli aku pun dah bincang dengan agen realestate kira otai yang professional dengan hartanah dan panel penilai, so dengan harga yang aku dapat dia kata sesuai dan if taknak dia pun berminat.

Aku harap proses CIMB xde masalah. dan bulan 4 projek dah boleh mula.. kena cari benih sawitler..

Comments

Popular posts from this blog

Doa Mesyuarat PIBG

Trand Semasa dan Isu Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak