PEMULIHAN TENAGA : SUATU KAEDAH BARU UNTUK ISRAEL MENUJU KE MASA HADAPAN
Disediakan dan disunting oleh: Bahroini Basiron
Artikel asal oleh: Steven W.Popper
TASAWWUR DAN TAMADUN ISLAM
MTI 1303
sem. 1 2011
Pendahuluan
Sumber tenaga menjadi isu yang penting kepada semua Negara. Selama 62 tahun, Israel adalah negara pengguna sumber tenaga terbesar yang sangat tergantung kepada import gas asli. Dapatan daripada artikel oleh Steven W.Popper membincangkan tentang keperluan Negara Israel dalam mencari solusi terhadap kepentingan isu pemulihan penjanaan tenaga negaranya. Ini kerana, terdapat isu di mana Israel didapati berhadapan dengan isu pengurangan sumber asli dalam menjana tenaga elektriknya dalam memenuhi permintaan penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat.
Negara Israel didapati terlalu sedikit melakukan eksplorasi terhadap sumber domestiknya dalam menjana tenaga elektrik sebaliknya lebih bergantung kepada sumber arang yang diimport. Oleh itu, dalam artikel ini, suatu analisis RAND telah dilakukan untuk mencari bagaimana caranya untuk membantu kerajaan Israel mengeksploitasi penggunaan gas asli dan dalam masa yang sama meminimumkan kebarangkalian komplikasi berlaku.
Strategi Pemulihan Tenaga
Analisis ini telah mengaplikasikan pendekatan kuantitatif yang inovatif dipanggil ‘robust decision making’. Pendekatan ini mencari strategi pemulihan yang mantap dan munasabah dengan mengkaji, sejauhmana peranan sumber gas asli dalam keseimbangan tenaga Israel dan strategi tenaga apakah yang boleh menawarkan jaminan terbaik dalam bekalan gas asli.
Sistem kuasa elektrik di Israel hampir mencapai limit kapasitinya. Pelan kecemasan Israel kini adalah untuk membina sebuah loji gas dengan segera. Kerajaan dan Israel Electric Corporation (IEC) juga mencari cara untuk membina loji kuasa pembakaran arang batu yang baru untuk menjana tenaga elektrik. Walau bagaimanapun, rancangan pembinaan loji pembakaran arang batu mempunyai risiko dan masalah tersendiri. Longgokan arang batu adalah besar dan mahal. Pembakaran arang batu yang tidak dikawal dalam keadaan yang baik seperti peralatan kawalan pencemaran juga boleh mengundang kepada pencemaran sulfur dioksida dan gas rumah hijau yang lain seperti karbon dioksida.
Israel juga bergantung kepada sumber gas asli sebagai sumber untuk menjana tenaga elektrik. Pada masa kini, Israel bergantung kepada 3 sumber gas aslinya iaitu ; pertama adalah rizab sumber gas asli di luar persisiran laut, kedua adalah hasil import gas asli daripada negara jiran seperti Mesir melalui saluran atau talian paip, dan ketiga merupakan hasil import cecair gas asli (liquefied natural gas, LNG) melalui kapal tangki.
Israel telah menemukan beberapa kawasan rizab gas asli di dalam kawasan perairan negaranya. Antaranya adalah Laut Tethys (Yam Thehtys) iaitu sumber utama pengeluaran domestik Israel pada masa sekarang. Selain itu, konsesi Tamar (di utara perairan jajahan Israel) dan perairan Gaza Strip juga dipercayai menyumbang kepada sumber domestik gas asli Isarel. Walau bagaimanapun, tiada pembangunan dilakukan di medan Gaza Marine atas beberapa sebab antaranya kekacauan politik yang berterusan di Gaza.
Sumber kedua gas asli Israel adalah melalui import dari negara luar melalui saluran paip. Buat masa ini, import terbesar Israel adalah daripada Negara Mesir melalui syarikat Eastern Mediterranean Gas and Oil yang melalui saluran paip bawah laut daripada El Arish di Sinai ke pelabuhan Ashkelon di Israel bermula tahun 2008.
Selain itu, Israel juga bergantung kepada hasil import cecair gas asli melalui kapal tangki dari negara luar. LNG merupakan gas asli yang dimampatkan dan dikondensasi kepada bentuk cecair yang mengandungi cuma 1/600th volum gas. Maka, dalam bentuk ini lebih banyak kuantiti gas yang boleh dihantar melalui satu kapal tangki dalam satu-satu masa. Namun, pengendalian LNG memerlukan peralatan dan kepakaran yang membabitkan kos yang sangat tinggi. Ia juga sangat terdedah kepada risiko bahaya yang tinggi.
Permintaan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi di Israel juga dilihat sebagai penggunaan yang tidak efisien. Oleh itu, Israel perlu melakukan sistem pengurusan yang lebih aktif dan terurus dalam mengendalikan permintaan yang tinggi. Kerajaan Israel dilihat telah mula mempromosikan kempen-kempen penjimatan tenaga elektrik di negaranya. Selain itu, Isarel juga boleh menggunakan cara yang paling efektif untuk mengekang permintaan yang tinggi dengan menaikkan kos pengunaan tenaga elektrik kepada penggunanya.
Analisis keutamaan bekalan tenaga yang sesuai.
Analisis mencadangkan bahawa Israel terlebih dahulu perlu bergantung kepada penemuan domestic simpanan gas asli yang ditemui sebelum memulakan mengimport LNG tambahan. Ini kerana faktor perbelanjaan infrasturktur yang besar diperlukan dalam proses mengimport LNG.
Terdapat lima cadangan tambahan yang dicadangkan daripada strategi yang diberi untuk meningkatkan pemulihan tenaga yang boleh dilakukan oleh pihak Israel antaranya:
1. Pengurusan yang lebih baik dalam permintaan penggunaan tenaga elektrik
2. Berpindah atau bertukar kepada rancangan yang lebih adaptif dan integrasi
3. Israel boleh merancang kepada rancangan pembinaan terminal LNG tetapi bukan membinanya lagi pada masa sekarang.
4. Memantapkan kepelbagaian sumber minyak (termasuk yang diperbaharui) untuk menjana elektrik
5. Menyimpan minyak diesel selain daripada minyak asli sebagai persediaan kepada berlakunya gangguan sumber bekalan
Cadangan pertama yang memerlukan Israel mengkaji semula sistem pengurusan negara terhadap permintaan penggunaa tenaga elektrik dilihat sangat penting. Kawalan pertumbuhan terhadap permintaan penggunaan elektrik merupakan tindakan polisi paling penting yang perlu dilakukan oleh kepimpinan Israel sebagai penanda aras terhadap pertumbuhan negaranya.
Terdapat dua faktor penting yang meningkatkan permintaan terhadap kepentingan usaha pemuliharaan tenaga iaitu:
i) Permintaan yang tinggi terhadap penggunaan air.
ii) Permintaan yang tinggi terhadap penggunaan tenaga elektrik di kawasan jajahan di bawah penguasaan kuasa Autoriti Palestin.
Peningkatan yang penting dalam penggunaan air hanya dapat dipuaskan dalam proses penyahmasinan. Dan untuk tujuan ini penggunaan tenaga elektrik yang sangat besar digunakan. Dan jika lebih banyak permintaan air diperlukan maka lebih banyak penggunaan tenaga elektrik digunakan.
Israel menghantar tenaga kuasa kepada jajahan Palestin dan akan terus berbuat demikian sekurang-kurangnya sehingga tahun 2030. Permintaan ini bukan sahaja perlu dipenuhi oleh Israel tetapi juga permintaan domestik.
Kedua, Israel perlu memikirkan proses perancangan dua-tahap untuk mengembangkan kapasiti penjanaan tenaga. Perancangan ini berdasarkan kepada jangkaan. Apabila jelas didapati jangkaan tidak lagi sesuai digunakan , rancangan itu perlu di kaji dan diubah semula.
Ketiga, sebagai persediaan atau aplikasi pertama kepada pendekatan ini, Israel perlu bersedia ke arah rancangan terminal LNG tetapi bukan membinanya lagi. Persediaan untuk terminal LNG boleh dilakukan dan dipersetujui untuk membolehkan perlaksanaan yang lebih cepat dilakukan jika faktor-faktor yang yang penting telah diambil kira seperti kos.
Keempat, Israel perlu mengekalkan kepelbagaian campuran minyak termasuklah minyak dari sumber bukan fosil yang diperbaharui untuk menjana kuasa elektrik. Ini bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam bekalan sumber dan peningkatan kos. Kerajaan juga boleh melakukan subsidi penjanaan kuasa elektrik melalui tenaga solar dan sumber mentah bukan fosil yang lain sebagai alternatif.
Kelima, Israel juga perlu mengambil langkah bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam bekalan gas asli dengan menyimpan sumber minyak diesel. Langkah ini didapati lebih menjimatkan kos negara.
Kesimpulan
Didapati langkah-langkah yang telah dibincangkan bukan sahaja boleh digunakan oleh Negara Israel sahaja, tetapi boleh diaplikasikan oleh pemimpin-pemimpin negara lain dalam mencari alternatif dan solusi bagi memastikan bekalan sumber gas asli yang diperlukan oleh sesebuah negara dalam penjanaan tenaga elektrik adalah sentiasa mencukupi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, artikel ini memberi gambaran kepada persediaan Israel dalam menyiapkan negara untuk masa hadapan. Ini dilihat melalui perancangan strategik Israel dalam usaha pemulihan tenaga negara untuk dicapai sehingga tahun 2030 akan datang. Negara-negara Islam boleh mencontohi usaha-usaha yang dilakukan ini bagi menjamin kelangsungan sumber tenaga tetapi bukannya dengan cara yang dilakukan oleh Israel semata-mata. Penemuan sumber-sumber gas alam yang kaya di perairan Tamar dan Leviathan merupakan kemujuran bagi Israel. Namun, penguasaan dan pemilikan telaga-telaga gas tersebut jangan sampai membuat Israel lupa akan kewajibannya untuk meneruskan proses perdamaian dan mengakui hak-hak bangsa Palestin. Sumber tenaga asli yang kaya itu mungkin sebahagiannya akan menjadi hak jajahan Palestin bila Tebing Barat dan Gaza dikembalikan Israel.
Peristiwa demonstrasi besar-besaran anti pemerintah yang berlaku di Mesir baru-baru ini membimbangkan pemerintah Israel di mana Mesir membekalkan sekitar 40% gas asli bagi perjanjian damai kedua buah negara. Dengan gelombang demonstrasi tersebut mereka tekad untuk mencari sumber tenaga alternatif.
Dunia Islam sentiasa sedar akan ancaman Israel terhadap ekonomi, sosial bahkan penjajahan kepada umat Islam. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (iaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling. (Al Baqarah : Ayat 83)
Firman Allah S.W.T lagi bermaksud :
“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu :"Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". ( Al-Isra' [17]: 4).
Begitu juga halnya dengan hadis Rasulullah. Rasulullah banyak mengisahkan tentang tabiat dan karakter Bani Israel. Banyak juga hadis yang menggambarkan sikap beliau dalam menghadapi tentangan kaum Yahudi Israel yang sering kali menghalangi perkembangan dakwah Islamiah. Umat Islam perlulah berwaspada dan sentiasa kehadapan dalam menghadapi cabaran-cabaran yang direka-reka oleh Israel untuk melihat umat Islam di dunia ini lemah dan menurut kehendak mereka.
Rujukan
Steven W.Popper (2010), “Energy Resiliency : A New Way for Israel to Tap into the Future” Rand Review Vol. 34 No. 1.
Nuradli Ridzwan Shah (2010), “Sistem Ekonomi: Barat vs Islam” Universiti Sains Islam Malaysia/Cardiff University
http://www.nuansaislam.com/index.php?option=com_content&view=article&id=229:bani-israel-menurut-al-quran-dan-sunnah&catid=97:info-buku&Itemid=348
Comments