Dinar, Dirham, dan Cinta

Tajuk yang menjadi tanda tanya dan tanda ukuran dalam kehidupan realiti manusiawi.. dalam buku rahsia jutawan islam bolehlah kita kongsi bersama.. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. So sebuah perkahwinan dalam membina masjid sebenarnya kita bersama meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Dalam Surah an-Nur, 24: 33 yang bermaksud :
Dan orang-orang Yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) Yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran Yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu Dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat Yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah Yang telah dikurniakan kepada kamu. dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. dan sesiapa Yang memaksa mereka, maka Sesungguhnya Allah - sesudah paksaan Yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam firman Allah lagi yang bermaksud :
 "dan berilah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib"
Surah an Nisa, 4 : 4
Sebenarnya konsep mencari harta bersama lebih mengukuhkan ikatan perkahwinan dengan syarat bukan untuk riak dan sebagainya.. niatkan mencari kerana rezeki untuk seisi keluarga dan jika boleh terus buat potongan zakat dan simpanan haji. Abdul Rahman bin Auf salah seorang yang berjaya menjana kekayaan yang banyak dengan menggunakan peluang secara yang halal, setelah berhijrah ke Madinah tiada harta yang dibawanya tetapi dalam masa 10 tahun telah menjadi jutawan dengan memiliki 200 dinar, 500 kuda dan 1500 unta untuk digunakan semasa Perang Tabuk. Seterusnya pada tahun 32 hijrah, anggaran hartanya ialah RM107.814 juta sebagaimana yang dicatatkan dalam buku Rahsia Jutawan Islam. Marilah bersama membaca..

Comments

Popular posts from this blog

Doa Mesyuarat PIBG

Trand Semasa dan Isu Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak