Posts

Showing posts from 2008

Doa Ketika Hamil

Image

Jemputan Sambutan Hari Raya

Image
Kepada ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan sahabat yang mengenali diri saya dan isteri berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan kehadiran anda ke majlis doa kesyukuran dan doa tahlil merangkap "open house" yang di adakan seperti berikut ; hari : Ahad 26hb 10 2008 masa : doa tahlil (11.30pagi) masa terbuka : 12.00-7.00 mlm. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran anda semoga merapatkan tali silaturrahim dan sentiasa di beri keredhaan oleh Allah Swt.

LATARBELAKANG BAPA HJ BADRON

KIAYAI HAJI MOHD. JAIS BIN HASAN Oleh Zainon binti Surip Merupakan seorang tokoh agama dan pengamal ilmu saufi yang juga dikenali sebagai “Tarikat Naqshabandiah”. Ilmu Saufi tersebut merupakan amalan tambahan yang perlu dilakukan oleh seseorang bagi memotivasikan diri supaya lebih bertaqwa kepada Allah S.W.T. Dengan itu pengamalnya dapat menghindarkan diri daripada menurutkan hawa nafsu dan secara tidak langsung dapat meningkatkan iman mereka. Untuk menyediakan kemudahan kepada pengikutnya menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan amalan tersebut, Allahyarham sanggup mewakafkan tanah untuk didirikan sebuah surau yang terletak di Kampong Parit Bengkok, Parit Raja, Batu Pahat sebagai pusat dakwah dalam menyebarkan ilmu tersebut. Surau tersebut kini menjadi surau utama yang digunakan oleh penduduk Islam di kampong tersebut. Selain didirikan surau, sebuah balai memasak juga dibangunkan bersebelahan surau tersebut. Selain daripada itu Allahyarham juga merupaka...

Eid Mubarak.. Selamat Hari Raya

Kemenangan besar kepada semua muslim dan muslimat di seluruh alam selepas menjalani ibadah puasa ramadan penuh... bagi yang terkantoi kenalah ganti. Masa menyambut hari raya ni yang utama zirah menziarahi sanak saudara, jiran-jiran semoga ikatan ukhuwah menjadi kuat dan mesra. Adat kat kampung area Senggarang ni dipanggil "baraan" kira marhaban cuma caranya kunjungan ini mengikut ahli kariah kampung.. so dari segi jamuan ikut tuan rumah yang penting bukan untuk makan-makan tetapi menjalani sunnah ziarah-menziarahi. So satu hari tu leh abis satu kamapung adalah 45 buah rumah. Jadi sempena hari yang mulia dan penuh maaf kemaafan antara kita saya sekeluarga memohon maaf zahir dan batin dari segala kesalahan baik niat,tutur kata dan perbuatan. Wa akhiran salam mahabbah dan selamat berhari raya.

Separuh akhir bulan Ramadan

Kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat mengecapi detik Ramadan yang berkah ini. Walaupun disibukan dengan urusan dunia bermakna selagi perkara yang kita lakukan memberi manfaat kepada kehidupan ini maka mudah-mudahan begitulah juga pahala yng kita perolehi. Rata-rata dapat dirasakan kesibukan ini bukan hanya orang yang islam malahan semua bangsa dan agama.Itulah yang dikatakan ramadan ini membawa keberkatan dan rahmat ke sekian alam. Sebenarnya bukan saya nak membicarakan orang yang memang belum mendapat hidayah ni(kafir) tetapi sedihnya yang memang dah dilahirkan dalam keluarga islam, muslim lagi... tapi kenapalah lemah sangat sampai tak boleh puasa. Tapi gitulah turutan dalam rukun islam, if solat selalu lupa atau saja lupa puasa apatah lagi... banyak alasan yang dibuat. If sapa yang rakan dan jiran-jiran main langgar je puasa ni taule.. dah kita tegur banyak pulak hujjahnya. Jadi sedar-sedarlah ibadat ni adalah kewajipan sebagai seorang muslim, jadi sapa yang tak puasa tu jan...

Persiapan Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah masa yang kami sekeluarga tunggu rumah baru dah tiba... serah kunci dah lama tapi sijil cfo baru dapat 29hb Ogos yang lepas. step yang pertama aku daftarkan masuk elektrik.. sekarang dah semua dah on cuma pintu grill wrought iron je yang dalam proses, Insyallah ahad ni siap pasang. Aku, liza n iman basuh rumah so esok nak cat ruang tamu sikit. Kehidupan ni akan bermakna sekiranya kita menghargai segala yang diberikan oleh Allah Swt. dengan penuh kesyukuran.. berikan kami keberkatan dalam bulan ramadhan yang mulai ini.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN ke 51

Hari ini aku menyiapkan aturcara majlis sambutan hari Kemerdekaan peringkat sekolah. So dah siap ATURCARA PROGRAM JUMAAT 29 OGOS 2008 7.50 PAGI PERHIMPUNAN LAGU NEGARAKU LAGU NEGERI JOHOR LAGU SEKOLAH Bacaan Doa - Ust Bahroini Basiron 8.00 Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Ma laysia - Disampaikan oleh Puan Afidah Binti Sidik Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia Disampaikan oleh En Shafie Bin Abd. Majid T itah Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mi zan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah - Disampaikan oleh Puan Normah Binti Haron 8.45 Deklamasi Sajak Nyanyian Lagu Patriotik -Keranamu Malaysia -31 Ogos 9.00 Laungan Merdeka -En Ku Ab...

Motivasi Pelatih MLVK

Sesiapa berkenan nak download slaid power point ceramah motivasi bagi pelatih MLVK yang di adakan di dewan kuliah ItBase Access Parit Raja Batu Pahat.

Musim Buah

Minggu lepas musim buah, macam-macam buah tempatan ada dijual sepanjang perjalanan ke parit Botak. Aku pun tak terlepas nak panjat pokok rambutan, so pagi tu aku singgah kat projek tanam serai, nak bagi arahan kat tokei JCB tolak pokok-pokok dan buat kolam. Dapatlah aku makan buah durian... tu pun dah jatuh last2 buah mangis... abd din petik aku bungkus je. Ambik rambutan kat tempat bok de, kira banyakle jugak aku bawak balik. Yang bestnya iman... dah seronok makan durian. Liza pulak tengah mengidam tapi makan semua angin so tak dapat makan banyak... kesian.

Doa Kebahagian dunia akhirat

Difailkan : Doa, hadis nabi. Ya Allah , sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keteguhan dalam urusan ini, dan aku memohon kepada-Mu ketetapan kepintaran, dan aku memohon kepada-Mu dapat syukur nikmat-Mu dan kebaikan ibadah (kepada)-Mu, dan aku memohon kepada Mu tutur kata yang benar dan hati yang selamat . Dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau ketahui, dan aku memohon kepada-Mu dari kebaikan yang Engkau ketahui, dan aku memohon ampun kepada-Mu dari kesalahan yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau yang Maha mengetahui hal-hal yang ghaib. (DAIF, R. Tirmidzi dan Nasa’i dari Syadad bin Aus)

Ibni.. Iman Baihaq

Kehadiran Ahli Baru ke Dunia Ini

Image
11 mei 2008 kehadiran ahli baru ke 19 adik Waiz zuhail, baby azizan & Na seminggu kemudian di ikuti oleh kehadiran ahli baru ke muka dunia... 16 Mei 2008, adik Bahiz Abqari hasil dari Ayen dan Ain. pada 17 Mei aku, liza dan iman sama-sama rewang kat rumah pak cik(pakde&bokde) perkahwinan Za.Satu lagi, minggu ni minggu ujung penggal pertama so 2 minggu pas ni cuti sekolah.. apalagi ada orang yang dah tempah nak ke Kl-PD-Melaka.Okey, ila liqa.

Majlis Hol dan Zikir Tareqat

Majlis Menyambut Hol dan Maulid Nabi Muhammad S.A.W Buat pertama kali Surau Kg Sri Menanti Menganjurkan Majlis Tareqat Tarikh : 10 Mei 2008 Masa : 9.00 am Tempat : Surau As Sabirin Kg Sri Menanti Para ahli tareqat naqsanbandiah dan kaum muslimin dan muslihat di jemput hadir. sekian terima kasih.

Doa Mesyuarat PIBG

Mesyuarat PIBG SKLF Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambah kebaikkan dan mati untuk merehatkan diri dari segala keburukan. Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan samaada yang kami telah tahu atau belum kami ketahui, dan kami mohon perlindunganMu daripada segala keburukan dan musibah sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara dalam melaksanakan ibadah kerja kami. Ya Rahman ya rahim, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu dengan nikmat iman dan kesihatan dapat kami bertemu pada pagi ini dalam majlis hari anugerah cemerlang dan mesyuarat agong pibg kali ke 38 sk lading fraser. ya allah, mudah-mudahan segala yang kami laksanakan ini...

Doa Khatam Al Quran

Image
-Baca dahulu selawat dan doa pendahuluan, Ya Allahu Ya Rahman Ya Rahim, Segala puji itu hanya untuk Allah tuhan pentadbir sekian alam, rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami, nabi Muhammad SWA, semulia-mulia rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda. Dengan limpahan kurniaanMu jadikanlah segala apa sahaja keadaan kami yang tidak baik kepada yang lebih baik, berkatilah seluruh hidup kami dan para umat islam sekelian dengan sempena bulan Ramadhan ini.. Ya Allah kami bersyukur dengan limpahanmu pada pagi ini dapat kami melangsungkan majlis Khatam Alquran bagi murid-murid Sk Ayer Hitam. Semoga berkatilah sepanjang perjalanan majlis yang penuh kemuliaan ini bertepatan dengan firmanMu ya Allah, dalam surah al baqarah ayat 185 : Maksudnya: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan anta...

NAMA ADIK-BERADIK KELUARGA HJ BADRON HJ MOHD JAIS

1. EN BUHARI BADRON @ BASIRON 590716-01-5279 - 716, KG PARIT PAYONG TENGAH, JALAN ABD. RAHMAN, 84600 MUAR JOHOR -KOPERATOR & PENULIS -KOPERASI PENULIS DAN PEMBACA MUAR BERHAD 2. EN BAHAROM BIN BASIRON @ BADRON 630104-01-6397 - TNB 10/1 KG PT SRI MENANTI 83210 SENGGARANG BATU PAHAT JOHOR. - PENGUSAHA BENGKEL KIMPALAN. - NO 4 MEDAN MENTERI, AYER HITAM JOHOR. 3. EN MOHD BAJURI BASIRON @ BADRON - TAMAN DESA, KLUANG JOHOR - BEKAS PELUKIS PLAN, PENIAGA. 4. EN BAHARUDIN BIN BASIRON @ BADRON 670713-01-5265 - NO 181 JLN SUTRA, TAMAN SUTRA SALENG 81400 SENAI. - JURU ELEKTRIK NST (M) BHD. - THE NEWS STRAITS TIMES PRESS (M) BHD. SENAI. 5. EN BORHANUDIN BIN BASIRON @ BADRON 700429-01-5625 - C.G1, GARDAN PARK CONDO, BANDAR SG. LONG 43000 KAJANG, SELANGOR -PENIAGA PAKAIAN IMPORT. -NO 28 & 30, JLN P10/20 SEK. 10 TMN. INDUSTRI SELAMAN 43650 BDR. BARU BANGI, SELANGOR. 6. PN SITI BAHYAH BT BASIRON @ B...

Mukaddimah

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku