Posts

Showing posts from 2012

Duduk membina jadual waktu 2013

Image
Tahun 2013 ada pertukaran 2 , Cikgu roslee ke Sk Batu Melintang- Kelantan dan Ckgu Nisa ke Bandar Permaisuri -KL selamat bertukar. Selamat datang juga ke Cikgu Surej ke Sk Ldg Fraser. Dalam sehari 2 ni aku susun jadul dan subuh ni baru siap. Alhamdulillah.

Bermulanya Pilot Study Untuk Tesis (Halal Science)

Image
Baru-baru ni jumpa SV kali ke2 just untuk discuss questionnaires yang aku dah bina lebih kurang 2 bulan lepas.. so makan masa sebab kena bulan ramadan dan syawal memang rasa terkejar-kejar. Lepas aku ubah dan kemaskini so ngadap lagi SV ni tak ambik kira mintak pengesahan panel lagi.. lepas SV kata ok aku lega dan kebetulan ada kursus KSSR so minta tolong responden isi soal selidik tu.. If xde apa2 halangan lepas buat analisis baruler edar utk sample yang aku dah kira lebihkurang 310 orang responden dlm satu daerah Kulaijaya ni..  baru-baru ni ada member ambik Phd guna soalselidik online.. just untuk review dalam part kajian diaorg kot.. nampak gaya banyak org post survey guna Facebook ke.. aku pun tgh terkial-kial nak study SSPS yg dah versi xx.xx Okeyle.. doakan aku dapat buat dan selesaikan Ma ni dalam semesters ni.. 

Dinar, Dirham, dan Cinta

Image
Tajuk yang menjadi tanda tanya dan tanda ukuran dalam kehidupan realiti manusiawi.. dalam buku rahsia jutawan islam bolehlah kita kongsi bersama.. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. So sebuah perkahwinan dalam membina masjid sebenarnya kita bersama meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Dalam Surah an-Nur, 24: 33 yang bermaksud : Dan orang-orang Yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) Yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran Yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu Dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat Yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah Yang telah dikurniakan kepada kamu. dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga k...

Biarkan April berlalu.. Mei yang dilalui kini..

Image
Ramai dikalangan kita yang telah tersenyum.. dihujung april. Tetapi sedikit sebanyak melegakan semua pihak yang ternanti-nanti kepastian janji PM, dengan kunjungan link ke web JPA yang saban hari dilayari oleh kita-kita yang sentiasa mengharap kepastian SSM Baru 2012. Ada yang memerhati saja, ada yang memberi komen, ada yang membuat andaian, tidak kurang yang membuat jadual metrik gaji mereka lalu di upload untuk memberi semangat awal tahun untuk kita bekerja... Alhamdulillah, setelah terlaksana.. semua nampak tersenyum lega.. janji tertunai lalu kita pun kenalah mengaudit juga samaada tahap kualiti kerja yang dilakukan.. bukan perlu bebankan dengan macam-macam cuma secukupnya lakukan kewajipan.. anggaplah setiap amanah yang kita ambil kita perlu bertangungjawab dan perlu bertaubat sekiranya terasa diri kita selalu lupa dan terlupa dengan keenakkan hak ganjaran kita yang telah diterima tetapi ada amanah yang kita abaikan. Sekadar renungan bersama. Setiap manusia perlu prinsip ...

Coretan di awal fajar

Hari-hari seperti sedianya.. sebagai manusia memang akur dengan kefahaman ayat-ayat dalam Surah Al Asr yang bermaksud : 1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian - 3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. bukankah kita wajib bersyukur segala pemberian daripada Allah SWt. tetapi ramai yang lupa dan terus-terusan rasa kecewa dan tertekan dengan kehidupan semasa. Sewaktu kita insaf kita sedar semua itu ujian.. tetapi adakah kita bersedia degan segala ujian dari Allah. Oleh itu ketaatan dan sentiasa mengikut perintah dan lakukan hanya kepada Allah agar yang dilakukan itu sentiasa mendapat petunjuk dan perbuatan yang diredai.  

PEMULIHAN TENAGA : SUATU KAEDAH BARU UNTUK ISRAEL MENUJU KE MASA HADAPAN

Disediakan dan disunting oleh: Bahroini Basiron Artikel asal oleh: Steven W.Popper TASAWWUR DAN TAMADUN ISLAM MTI 1303 sem. 1 2011 Pendahuluan Sumber tenaga menjadi isu yang penting kepada semua Negara. Selama 62 tahun, Israel adalah negara pengguna sumber tenaga terbesar yang sangat tergantung kepada import gas asli. Dapatan daripada a rtikel oleh Steven W.Popper membincangkan tentang keperluan Negara Israel dalam mencari solusi terhadap kepentingan isu pemulihan penjanaan tenaga negaranya. Ini kerana, terdapat isu di mana Israel didapati berhadapan dengan isu pengurangan sumber asli dalam menjana tenaga elektriknya dalam memenuhi permintaan penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat. Negara Israel didapati terlalu sedikit melakukan eksplorasi terhadap sumber domestiknya dalam menjana tenaga elektrik sebaliknya lebih bergantung kepada sumber arang yang diimport. Oleh itu, dalam a...

Tunggu Proses CIMB release geran yang berbulan-bulan

Image
Hairan betul kenapa bank CIMB ni lambat sangat proses untuk release geran, dah masuk 2 bulan tak selesai lagi.. lawyer aku bagitau kena tunggu sebab pihak CIMB yang lambat di bahagian security.. Sepatutnya projek dah boleh mula bulan 3 ni.. memandangkan aku pun busy dengan kerja2 yg ada... rakan kongsi pulak dari awal lebih bersedia if bulan april so ada hikmahnya. boleh dikongsi pengalaman di blog mereka yang meminati bidang pertanian, sekaligus memanfaatkan peluang sebagai bumiputera yang boleh memiliki aset dalam hartanah khususnya tanah pertanian atau lot-lot rumah. Semua memang pelaburan jangka masa panjang tapi selagi kita pandai manage so memang berbaloi... Tapi dalam masa sekarang kita tak boleh tunggu saja kena cari peluang.. If rakan bolg, ada yang boleh memiliki aset 13 biji rumah dan berkongsi tips beliau, kita boleh melihat dan memikirkan strategi dengan usia yang muda dan dikalangan kita boleh berjaya. Tapi sekali lagi semua anugerah tu datang dari Allah SWT. Kita han...

Perancangan strategik Keluarga Baihaqi 2012

Image
Sebagai mukadimah awal tahun 2012 seharusnya kita bersedia dengan perancangan yang rapi dan kesesuaian dengan kebolehadaan kita membangun dan mempersiapkan diri dari segi rohani, keimanan-sosio-emosi juga perancangan strategik dengan penarafan ekonomi-rezeki sebagaimana maksud doa selepas kita membaca surah al waqiah. Rahsia yang tersurat dan tersirat akan di realisasikan oleh Allah SWt sekiranya keyakinan dan ketaqwaan kita seiring dengan kehendakNya. So antara yang penting utk 2012 dalam kehendak dunia yang terbatas ini ialah:Opsyen ini tak termasuk yang tugas hakiki aku yg sememangnya dah dibukukan kt sekolah tu.. jadi insyallah antaranya... 1. Pendidikan- kearas yang lebih tingggi so tengah on the way.. jgn kena kejar dgn supervisor baru nak gerak. 2. Proses yg tertangguh tahun lalu.. nak kena selesaikan. 3. Struktur semula pinjaman perumahan.. 4. Nak usahakan tanaman sawit- ada satu lg lokasi baru. 5. Nak melancong dengan wife dan anak2 tempat yang lebih jauh sikit. 6. Simpan duit...